diari kem rakan muda kecergasan 2009


Assalamualaikum....
alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh~Nya
untuk mencoret lagi tinta2 kehidupan dalam hidup saya...


kali ni nk kisahkan tentang "KEM RAKAN MUDA KECERGASAN"




kem tu minggu lepas diadakan pada 24 Julai ~ 26 Julai 2009

di Jeram Bechung, Kuala Lipis, Pahang...

memang seronok dan memberi makna yang begitu mendalam

pada diriku sendiri...alhamdulillah dapat banyak input2 tersurat

dan tersirat yang selama ni, saya sendiri tak arif....

kem bersama sahabatku....di situlah saya mengenal erti sahabat....

erti sebenar sifat sahabat2 saya dan diri saya sendiri....

semuanya datang dari mata hati untuk menilainya

sama ada dari sudut positif atau sebaliknya...

,..aktiviti2 yang dijalankan

memang menarik + mencabar + seronok....hihi

antara yang paling tak boleh dilupakan adalah aktiviti :

~ NIGHTWALK~ menghadapi fear factor saya selama ni

yang cukup takutkan gelap..time ni

memang seram sangat,bayangkanlah

kami hanya diberi lilin yang

dipatahkan berjalan dalam hutan gelap gelita sorang2..

umm memang x lupa..dah la dalam

tak sedar saya nyaris masuk sungai n longkang..

memang kelakar..huhu...ade jugak member

yang langgar pokok sampai berlari dalam gelap..huuhu...



~ IKHTIAR HIDUP ~ kami diberi 6 kumpulan
dan kumpulan saya ialah "WOnDeR TeAm"

huhu..ade 6 checpoint dan setiap checkpoint memang

mencabar, antaranya naikkan 12 paku

atas 1 paku..



spiderweb...



pastu ade jugak masak2..hii,itu part yang paling seronok..hehe...


naikkan pelampung gune batang buluh....

heliumstick n macam lagi la...tapi ape yang

paling syok dapat mandi sungai la..hehe..
lama tak jumpa sungai, memang saya gian sikit..hehe.




..saya nak naik ff,hii ni la kne pkai untuk keselamatan..
~ FLYING FOX~ huu..pengalaman terindah buat diri ini

dan kawan2..bagi kem yang kali ni,

ini adalah kali ke~3 saya naik flying fox, sebelum ni di

Gunung Senyum sebanyak 2 kali

masa larian merdeka dan acara daki gunung...

huuuhu memang seronok sebab kali ni flying fox

kat Jeram Bechung ni tinggi...yang kat Gunung Senyum

tu bawahnya tasik...macam2 la

aksi kawan2 saya, ada yang tak keruan, menangis

takut sangat..hihi, memang nampak

kelakar sangat, tapi tula..menghadapi fear factor

dalam diri kami selama ni....


~SESI BERSAMA CIKGU HISHAMUDIN ~


ni sesi muhasabah sebelum pulang...kami

pun tak sangka adanya sesi ni,..memang

tersangat sedih dan menyentuh hati kami...

pendekatan yang begitu mendalam mengusik

jiwa remaja kami, apatah lagi apabila

soal ibu bapa diketengahkan...

cukup menyayat hati....hanya Allah yang tahu...

Alhamdulillah saya bersyukur sangat diberi

peluang untuk buktikan pada keluarga

dan guru2 yang saya boleh walaupun sakit

sebelum ni...dah lama tak diberi

peluang sertai aktiviti2 yang lasak atas

desakan kesihatan, tapi alhamdulillah

Allah beri lagi kesempatan untuk jadikan

program kali ni sebagai platform saya

untuk membina dan mencambahkan

kembali benih2 keyakinan dalam diri ini

yang semakin pudar...terima kasih Ya Allah....

buat semua sahabat2 sama form 4, adik2 form 3 dan senior form 5,

saya mintak maaf andai kata sepanjang aktiviti di sana ada perkara

yang tidak menyenangkan hati kalian telah saya lakukan, sesungguhnya

ana memang insan yang lemah dan naif..sentiasa perlu diajar dalam banyak

hal....buat cikgu b.u.t.t.e.r.f.l.y ku tersayang, terima qaseh bagi

saya peluang dan ruang untuk sertai aktiviti ni, sesungguhnya cikgu

banyak mengetahui hikmah tersirat dalam hati saya macam yang

pernah saya luahkan..terima qaseh juga pada guru2 pengiring yang lain

yang bersusah payah menjaga kebajikan kami di sana....

pada facy2 yang begitu best!! ana memang salute dengan tuan2 yang

menjayakan program ni..syukran jazilan!(^^,)

buat sahabatku tersayang, "Kami Da GigSs"...huda,fara,fatin dan zira!


"KITA SAHABAT SELAMANYA"...amin...sayang anti2 semua!!

semoga apa yang kita dapat di sana, dapat kita terapkan secara

teori dalam kelas pulak ye..huhu..4 Amanah la kelas kami(^^,)

tapi..buat diri ini yang tersayang, ape2 pun semuanya datang dari

Allah...kegembiraan dan kedukaan..kegagalan dan kesedihan...

itu semua pengorbanan yang perlu ada untuk menghiasi latar2

kehidupan kita supaya tidak sepi dan kontang....insyaAllah...

macam cikgu cakap, program ini semua hanyalah pembantu

yang menjadi tulang belakang..tapi tunjang utama adalah

motivasi dari dalam diri sendiri...itu yang paling utama ye

sahabat2 semua(^^,)..insyaAllah cikgu, saya akan pegang kata2 tu

sebagai tonggak yang menjadi arus supaya saya tak terlena dibuai

mimpi duniawi..insyaAllah..amin...sama2 saling mendoakan kebaikan

sesama ummah..kerna di situlah letaknya ukhwah dan barakah..(^^,)













































1 comments:

  Zafer Muslim

August 6, 2009 at 9:53 AM

sronok tgk awk happy camtu :D
doakan sy trial n spm thn nih :D
see ya...