diari kElEbIHaN MemBaCa Al~Quran



Assalamualaikum,,hari ni ana berminat nak

berkongsi dgn kamu semua kelebihan membaca kitab suci Al~Quran...

Orang yang selalu membaca Al-Quran

semata-mata kerana Allah diberi
kelebihan yang tinggi dan berbeza

semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping
kemuliaan yang dikurniakan kepada orang

yang membaca Al-Quran kelebihan

melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal

dengan apa yang terkandung di dalamnya,

ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan
melebihi daripada cahaya matahari

jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.
Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan
dengannya.Al-Quran juga dapat

memberi syafaat (pertolongan) yang paling

tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat.

Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan

Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang
berbunyi:Sebaik-baik kamu yang

mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
♥♥SELAMAT BERAMAL♥♥

0 comments: