diari apa nak jadi?

Assalamualaikum...
hari ni saye berminat nak kongsi dengan semua...
tentang apa nak jadi???...dan apa yang dah jadi??urmmm...
untuk pengetahuan kalian,yang ni bukan tulis sendiri....
tapi dicOpy paste dari blog pasangan kembar(^^,)...apa
salahnya kan input dikongsi bersama...insyaAllah bertambah berkat...
renung2kan kita bersama dan selamat bermuhasabah diri..
"Bicara tentang batasan aurat,
Terutama sekali bagi muslimat,
Kerana kelihatan dalam masyarakat,
Dibuangnya Islam, dijauhinya adat.
Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak dikira,
Pakaian ditubuh tidak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa.
Tudung nipis terbayang rambut,
Rambut terjulur kerana singkat,
Kepala dililit kepala kain diikat,
Jambul tertonjol terasa hebat.
Baju t-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.
Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.
Seluar ketat menjadi pakaian,
Tiada beza lelaki perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan.
Apa jadi dengan remaja,
Namanya Islam,
iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba.
Allah murka Syaitan menang,
‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
Dihumban ke neraka sangatlah malang.
Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat...

0 comments: